Thursday, June 18, 2009

aiR mATa sEoRaNg wAnIta...

Note: Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan........
Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”
“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.
“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengarjawapannya:
“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?
“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

ciNta : uNgkApaN yANg sEriNg disALahTaFsiRkan

Kalimah cinta sering diucapkan, namun keseringan kita menyebut cinta belum bermakna kita sudah mempunyai pengertian yang tepat mengenainya. Akibatnya, cinta sering disalahtafsirkan. Salah tafsiran mendorong kepada salah tindakan. Daripada sesuatu yang mahal dan murni sifatnya, cinta bertukar menjadi salah satu yang termurah dan tercemar. Kerap kali, cinta menjadi sesuatu yang pedih, jijik dan mengecewakan. Kecewa bercinta, 'cinta monyet' dan sebagainya sudah tidak asing lagi dikalangan remaja. Ramai yang telah menderita kerana cinta. Lalu berderetanlah korban cinta sepanjang zaman seperti Romeo dan Juliet, Uda dan Dara dan Anthony dan Cleopatra. Sebelum mengaitkan cinta dan perkahwinan, adalah lebih baik jika diperjelaskan falsafah cinta itu terlebih dahulu. Ini bukanlah persoalan ilmiah yang menurut perahan akal tahap sarjana, tetapi perbahasan mudah yang melibatkan fitrah dan rasa. Justeru cinta adalah fitrah yang dikurniakan Tuhan kepada setiap manusia. Ingin menyintai dan dicintai adalah keperluan semulajadi yang perlu diisi. Hati memerlukan cinta, sama seperti jasad memerlukan makanan. Anehnya,apa yang kita rasai tidak semestinya kita fahami. Lalu apakah sebenarnya cinta itu?

Cinta dan Penciptanya

Untuk mengetahui segala-galanya tentang cinta, manusia perlu merujuk kepada pencipta cinta itu sendiri yakni Allah SWT. Tuhan menciptakan cinta, maka Dialah yang Maha Mengetahui sifat dan rahsianya. Cinta itu indah kerana diciptakan oleh Allah Yang Maha Indah. Sabda Rasulullah SAW," Allah itu indah dan cintakan keindahan" Bukan saja indah, cinta yang diciptakan Allah itu bertujuan untuk menyelamatkan, mententeramkan dan membahagiakan manusia. Tidak kira sama ada dalam komunikasi antara manusia dengan Tuhan. Allah SWT tidak mengurniakan rasa cinta semata-mata, tetapi Allah juga mengurniakan 'hukum' cinta yang mesti dipatuhi demi mencapai maksud penciptaannya. Dengan 'hukum' itu, Allah mengatur agar cinta sentiasa selamat dan menyelamatkan. Begitulah cinta dalam Islam, ia mempunyai kaedah dan peraturan demi menjaga kemurnian dan kesuciannya. Selagi manusia berpegang kepada peraturan ini, selagi itulah cinta terpelihara dalam sifat fitrahnya yang asal, yakni murni, indah dan mententeramkan. Tidak kira di mana dan dalam keadaan apa sekalipun, selagi cinta mematuhi hukum Allah, selagi itulah ia indah. Inilah faktor penentu keindahan cinta sama ada sebelum atau selepas perkahwinan. Dalam dua keadaan, yang mana satu lebih memudahkan hukum cinta itu dipatuhi? Sebelum atau selepas perkahwinan? Untuk menjawabnya, kita terpaksa merujuk kepada kenyataan awal semula, yakni cinta adalah fitrah dari Allah yang ada peraturannya. Untuk mendapat cinta yang sejati dan berkekalan, peraturan ini mesti dipatuhi. Peraturan pertama yang perlu dipatuhi ialah cinta itu mesti dibina atas dasar cinta Allah. Cintalah sesiapa pun tetapi mestilah kerana Allah. Namun meletakkan cinta hanya untuk dan kerana Allah tidaklah menghalang meletakkan cinta kepada yang lain. Islam membenarkan seorang ibu mencintai anaknya, seorang rakyat menyintai pemimpinnya, seorang isteri menyintai suaminya, malah seorang wanita terhadap lelaki dan sebaliknya... tetapi dengan syarat cinta itu mestilah diletakkan atas dasar cinta Allah.

Apa tandanya kita menyintai seseorang atas dasar cintakan Allah?

Pertama, mestilah dipastikan kecintaan itu tidak melebihi cinta kepada Allah. Kita akan sentiasa mendahulukan kehendak kecintaan utama kita (Allah) daripada kehendak kecintaan-kecintaan kita yang lain. Pertemuan antara cinta Allah dan kecintaan kepada yang lain tidak seharusnya berlaku sekiranya cinta Allah mendapat keutamaan tertinggi dan cinta-cinta lain diatur serta dirujukkan kepada Allah. Kedua, cinta itu mestilah tidak melanggar batas-batas syariat. Jangan cinta menyebabkan kita berdosa kerana tidak melaksanakan apa yang diperintahkanNya dan melanggar apa yang dilarangNya. Apabila dua syarat ini dilanggar, maka cinta tidak akan murni dan berkekalan lagi. Inilah punca patahnya cinta selepas perkahwinan. Tetapi, sekiranya dua hukum cinta dipatuhi, maka disinilah pula letaknya keindahan cinta selepas perkahwinan.

kIsAh cINta...

Sekadar untuk dikongsikan bersama....

Alkisah di sebuah pulau kecil, tinggallah benda abstrak, Ada CINTA,KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. pada awalnya mereka hidup bersama-sama dengan aman dan saling memerlukan. namun pada suatu hari, tiba-tiba badai datang menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba bergelombang dan menimbulkan ombak yang sangat besar dan akan menenggelamkan pulau itu. semua penghuni di pulau itu segera berusaha menyelamatkan diri.
CINTA sangat bimbang kerana ia tidak pandai berenang dan tidak memiliki perahu. ia berdiri di tepi pantai untuk meminta bantuan. sementara itu air semakin naik membasahi kaki CINTA. tidak lama kemudian, kelihatan KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.
"KEKAYAAN! KEKAYAAN! tolonglah aku!" teriak CINTA. dengan segera KEKAYAAN menjawab, "ohh! maafkan aku, CINTA!" kata KEKAYAAN."perahuku telah penuh dengan semua hartaku. aku tak dapat membantumu bersama, nanti perahu ini akan tenggelam. lagi pun tak ada ruang lagi untuk kau di perahuku ini." CINTA amat sedih sekali, namun kemudiannya dia melihat KEGEMBIRAAN melintasi di depannya dengan sebuah perahu.
"KEGEMBIRAAN! tolonglah aku!" teriak CINTA. oleh kerana KEGEMBIRAAN terlalu gembira kerana dia telah menjumpai sebuah perahu, dia langsung tidak mendengari teriakan CINTA. air semakin meninggi membasahi CINTA sampai ke paras pinggang dan CINTA semakin panik. tidak lama selepas itu, lalulah KECANTIKAN di depannya.
"KECANTIKAN! bawalah aku bersamamu!" teriak CINTA."wah, CINTA kamu sudah basah dan kotor. aku tak boleh membawamu bersama bersama, nanti kau akan mengotorkan perahuku yang indah ini." sahut KECANTIKAN. CINTA amat sedih mendengarnye. CINTA mula menangis terisak-isak. "apa kesalahan ku> mengapa semua orang tidak mempedulikan aku?" ketika CINTA sedang menangis , lalulah pula KESEDIHAN denngan perahunya.
"oh, KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu," kata CINTA. "maaf, CINTA aku sedang bersedih dan aku ingin bersendirian......, " kata KESEDIHAN sambil terus mendayung perahunya. CINTA sudah putus asa. air semakin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap agar dirinya akan diselamatkan orang. dia berdoa kepada tuhan.
"oh, tuhan tolonglah aku, apa akan terjadi pada dunia tanpa aku, tanpa CINTA?" pada saat yang kritikal itu, tiba-tiba terdengar suara memanggil, "CINTA! mari cepat naik ke perahuku!" CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua berjanggut panjang memutih sedang mendayung perahunya. CINTA pun naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya. kemudian setibanya di suatu pulau yang berhampiran, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera meninggalakan pulau itu. pada ketika itulah, baru CINTA sedar bahawa dia tidak mengetahui siapakah gerangan orang tua itu yang baik hati dan telah menyelamatkannya itu.
CINTA segera bertanya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang itu? "oh, orang tua tadi? dia adalah 'WAKTU.' " kata orang itu. CINTA pun bertanya lagi. "tapi mengapakah dia menyelamatkan aku? aku tak mengenalinya. sedangkan kawan-kawan yang mengenaliku langsung tidak mahu menolongku,
" tanya CINTA kehairanan. "sebab, hanya WAKTUlah yang tahu betapa berharganya CINTA itu....." kata orang itu. setelah itu, fahamlah CINTA akan kepentingannya di dunia ini.

Wednesday, June 17, 2009

tAk pAham!!!!tAk pAham!!!!!!

arrghhh!!!!!!!!!! kadang - kadang tak fahamlah dengan sikap sesetenggah manusia nie...mengganggu jer...merimaskan!aku bosan hidup dicelah - celah manusia yang suka berpura - pura...kenapa ehh? kadang - kadang x pahamlah...kenapa ehh? ada manusia yang sbegitu...tapi akhir - akhir nie....dlm bln nie...mmg hari dan bln yang teruk untuk dilalui!sepatutnya bulan ini aku lalui dengan senyum coz bulan ini adalah bulan kelahiranku...tapi sekembalinya aku ke sini semula....khabar pilu yang aku terima...terasa luruh jantungku...sudahlah...kisah itu dahpun aku tamatkan 1/2 tahun yang lalu...cuma yang tinggal hanya sakit hati dan janji - janji yang belum tertunai! tapi aku mmg tak paham langsunglah dengan seorang manusia nie...merimaskan!!!!!!!!!!arggggggggghhhhhhhh tensionnnn!!!!!!!!!!!!!! tAk pAham!!!!tAk pAham!!!!!!