Thursday, May 14, 2009

taNda - tAnDa ajAL haMpiR tiBa...

  • Tanda 100 hari sebelum hari kematian

Merupakan tanda pertama daripada Allah S.W.T kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun,semua orang islam akan mendapat tanda ini cuma mereka sedar atau tidak sahaja.tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. seluruh tubuh, iaitu dari hujung rambut hingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan - akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih, jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan - akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Manakala bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. bagi mereka yang sedar dengan kehadiran tanda ini memberi peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

  • Tanda 40 hari sebelum mati

Tanda ini juga akan berlaku selepas waktu Asar.Bahagian pusat kita akan berdenyut - denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dan pokok yang letaknya di atas Arash Allah s.w.t. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikut kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan - akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

  • Tanda 7 hari

Tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba - tiba berselera untuk makan.

  • Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu antara dahi kanan dengan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan - lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur - ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yanng terlunjur akan perlahan - lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

  • Tanda 1 hari

Akan berlaku selepas waktu Asar dan kita akan merasakan satu denyutan disebelah belakang, iaitu dibelakang ubun - ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

  • Tanda akhir

Kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan rasa akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucapkan kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk untuk menjemput kita kembali kepada Allah S.W.T yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

daLaM sUjuD tEraKhiRku...

dalam sujud terakhirku, Ya Allah...
kuteriakkan Asma-Mu sekeras - kerasnya
agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku...
dalam sujud terakhirku, Ya Rabbi...
kumenangis semahu - mahunya
agar kering mata ini
biar basah ladang hati yang gersang...
dalam sujud terakhirku, Ya Rahman...
kulihat semua dosa yang membayangiku
kelam mencengkam jiwa yang lusuh...
dalam sujud terakhirku, Ya Rahim...
biarkan aku patah dalam cahaya-Mu
biarkan kumusnahkan titik - titik kemunafikanku
agar kukembali dalam pelukan hidayah-Mu
dalam sujud terakhirku...
biarkan aku hirup nafasku sekali lagi
hanya untuk menyebut nama-Mu dan kekasih-Mu tercinta

mAMpUkah kiTa...

mampukah kita menjadi seperti Siti khatijah?
Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah
hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
penawar hati kekasih Allah
susah dan senang rela bersama...

dapatkah kita didik jiwa seperti Siti Aishah?
isteri Rasulullah yang bijak
pendorong kesusahan dan penderitaan
tiada sukar untuk dilaksanakan...
mengalir air mata
melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
akur dalam setiap perintah
taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
tiada memiliki harta dunia
layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...

ketika kita marah
cuba kita intip serpihan sabar
dari catatan hidup siti sarah...

tabahkah jiwa kita
setabah umi Nabi Ismail?
menggendong bayinya yang masih merah
mencari air penghilang dahaga
di terik padang pasir merak
ditinggalkan suami akur tanpa bantah
pengharapannya hanya pada Allah
itulah wanita Siti hajar...


mampukah kita menjadi wanita solehah?
mati dalam keunggulan iman
bersinar indah... harum tersebar
bagai wanginya pusara Masyitah...



Wednesday, May 13, 2009

di MaNa bUMi diPijAk..Di siTu laNGit dIjuNjUNg...

mungkin kisah kita sama dan mungkin juga tidak...walau apapun..tanah yang kita pijak dan langit yang kita lihat tidak mungkin akan berbeza...itu yang pasti...orang selalu cakap...di mana bumi dipijak...di situ langit kita junjung..orang juga selalu cakap...hujan emas di tempat orang...hujan batu di tempat sendiri...lebih baik tempat sendiri...tapi walau apapun...walau bagaimanapun...walau macam manapun...sebenarnya...walau setinggi mana pun kita terbang di awan lepas...yang penting...jangan sesekali kita lupa akan bumi di bawah...

Dalat


Mukah

Sunday, May 10, 2009

kAu iLhamKu...

Jauh perlajanan..luas pemandangan...
bertambah pengalaman...
Betapa Agung dan indahnya ciptaanmu Tuhan...
tidak mungkin dapat untuk digambarkan dengan kata - kata...

Pantai ABF - Bintulu

Pantai Kuala Tatau - Bintulu

Pantai Tanjung Batu - Bintulu

Pantai Oya - Mukah

Pantai Luak - Miri

sALam aBei itOw...

" SALAM ABEI ITOW "
Rancangan Salam Abei Itow adalah merupakan satu - satunya rancangan yang dikendalikan di SARAWAKfm dengan menggunakan sepenuhnya bahasa Melanau sebagai bahasa perantaraan.Sebelum itu rancangan ini dikenali dengan nama rancangan Lagu - lagu senabek.Rancangan Salam Abei Itow keudara setiap hari Ahad bermula dari pukul 2.00 ptg sehingga pukul 3.00 ptg.

Terus mena'ah salam abei itow jahak...


Corinna

Faezah

Halil

sELAmat hAri IBu....


Tiada kata seindah bahasa..tiada ungkapan yang dapat menggambarkan betapa besarnya nilai pengorbanan seorang ibu...dari mengandung... melahir... mendidik... sehinggalah kita dewasa tanpa mengeluh walau sedikit pun menghadapi ragam dan kerenah anak - anak walaupun ada kala nya pasti memenatkan...tapi ibu tetap tersenyum... begitulah hebatnya seorang ibu dan sempena hari ibu ini...ku ucapkan selamat menyambut Hari Ibu...semoga ibu sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan...dimurahkan rezeki...dipermudahkan segala urusan dan sayang ibu selalu dan ibu adalah ratu di hatiku selamanya...
khas buat ibu...


" Adalah sesuatu yang tidak harus ungkapkan.

Adalah sesuatu yang tidak harus disampaikan.

Adalah sesuatu yang tidak harus diterjemahkan.

Sesuatu itu yang mungkin disebut Kasih Ibu."

jURuhEbah - jURuHeBah SARAWAKfm...

Kenali juruhebah - juruhebah di SARAWAKfm yang sentiasa setia 24 jam menemani pendengar - pendengar setia SARAWAKfm sehati sejiwa....

SURINAM ( KAK SUE )


A.J,Azizah & Amy
Azaz azmi

J.A.I,Melati,Arm,Pn.Jamyah n Pn.Salmi( Pengelola SARAWAKfm )& Hj.Rosli Muta

Yuz, Arm & Barb

Mirza, Shaza & Mell ( dah pindah ke bhg Tv )

30 apRiL....

3o April... ada apa dengan tarikh 30 April?.. tarikh ini mengingatkan aku pada seseorang... seseorang yang suatu ketika dahulu sentiasa ada dalam hatiku...yang ketika dahulu...selalu berjanji padaku...biar apapun yang terjadi...kita akan tetap bersama...itu yang pasti..tapi kini dia telah pergi dari hidupku mencari cinta yang lain...lupa pada semua janji dan ucapannya...walaupun sebenarnya...
oh bulan enggan layan diriku lagi
pabila,air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,kau bersama yg lain
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta yang masih bersemadi untukmu dan sebenarya ku mengharapkan disebalik senyumanmu itu kau juga merindui aku
ku enggan berpura-pura ku bahagiaku enggan melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila kau bersama yang lain
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
pabila kau merenung matanya ku rebah,
jatuh ke bumi di saat kau benar-benar mahu pergi seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta yang masih bersemadi untukmu dan sebenarya ku mengharapkan di sebalik senyumanmu itu
kau juga merindui aku oh...[by yuna - Dan Sebenarnya ]

Saturday, May 9, 2009

sEpEtaNg dI kUaLa tAtaU....

Perjalanan menuju ke kampung Kuala Tatau memakan masa selama lebih kurang 45 minit dari bandar Bintulu....



walaupun agak memenatkan... tapi pengalaman ini boleh dikatakan amat menyeronokkan... ( aku,salmee,jehan,siti aida dan halil ).Apa yang paling bestnya.. sebelum sampai di kampung Kuala tatau nie...kami terpaksa menyeberangi sungai dahulu dengan menaiki boat penambang...


Friday, May 8, 2009

gAra - gaRA cEnCAlok...

Alkisah bermulalah pencarian cecalok oleh lima sekawan yang terpaksa meredah hutan belantara...semak belukar...terpaksa bersusah payah mengharungi pelbagai rintangan...( mun x cayak..diat jak gambar2 yang diambil semasa kejadian..hehehe )





Thursday, May 7, 2009

hEbAtNya sENyUmAn...

Hebatnya senyuman ni kalau nak digambarkan memang tak mampu tetapi itulah sebuah senyuman....selain dari menampakkan kegirangan ia juga mampu mengubah keadaan jauh dari itu...keadan suram jadi terang...sedih jadi girang...duka jadi bahagia... kerana....
Senyuman umpama matahari yang menerangi sepanjang hari dan tidak mustahil selamanya selagi hayat dikandung badan...