Saturday, March 19, 2011

JuN..

orang yang lahir dalam bulan jun dikatakan amat pandai menjaga hati pasangannya sekiranya dia perempuan...sukar melukai dan memahami hati pasangan..
mudah jatuh hati tapi terlalu memilih..
cerewet dalam hubungan.. selalu beremosi..
mudah merajuk dan mudah dipujuk..
cepat rasa bosan dalam percintaan..
kurang yakin dalam perhubungan..
selalu melindungi pasangan dari kritikan dan umpatan orang..
elok untuk menjadi ibu yang baik..
dahagakan pujian dari pasangan...
pasangan yang ideal : lahir bulan 1,3,5,8
tak caya???sila baca di bawah...hehehe

jiwang dot com...

cinta...
selagi ada sayang
cinta tak kan hilang...

cinta... perasaan halus yang ada di hati setiap insan di dunia ini..jauh meresap ke seluruh jiwa..waima bukan semua mampu memiliki cinta sejati yang diidamkan.seperti lagenda cinta dunia, shah Jehan & Mumtaz Mahal..Romeo & Juliet dan Uda & dara adalah antara rentetan ceritera cinta yang berakhir dengan tragedi yang menghibakan..

namun dari sudut lain...masih tersisa kenangan indah yang tak mungkin dapat dilupakan..
Biarkan mereka terus bercinta kerana mereka berhak di atasnya..

cuma kadang - kadang 'kegilaan' terhadap cinta membataskan kewarasan fikiran manusia...

 
setiap dari kita semestinya memiliki kisah cinta yang tersendiri...
walau apapun kesudahan hikayat cinta itu...
bersyukurlah kerana sekurang - kurangnya ia pernah singgah di hati...
usah ditangisi pada apa yang telah pergi...
kerana ia pastinya akan menghadiahkan cinta yang lebih kuat
dan mendalam untuk dihayati suatu hari nanti...

berlajar untuk terus hidup berbahagia biarpun terluka......

KAU TULANG RUSUKKU...!

dalam keasyikkan membelek-belek majalah - majalah lama...terbaca satu kisah yang saya rasa amat menarik sekali untuk kita kongsikan bersama... 

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan...

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)

Karnival Mesra Belia Sarawak 2011 Peringkat N.59 Kidurong

Program Kanival Mesra Belia Sarawak merupakan satu program ulung yang dilaksanakan setiap Kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Sarawak yang secara amnya dijangka akan memberi impak yang besar kearah pembangunan belia Sarawak disamping merupakan kaedah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk menarik golongan muda / remaja / belia menyertai usaha kerajaan dalam pembangunan belia khususnya hidup berkualiti mereka.Untuk Karnival Mersa Belia N.59 Kidurong di adakan di Taman Milenium Fasa 2, Kidurong, Bintulu Sarawak selama dua hari iaitu 19 & 20 Mac 2011.


 di booth urusetia

 
indai tuai lucia & shaida..hehe
 pelbagai jualan kraftangan

 shaida tengah buat cross over ke konti BINTULUfm
antara pengunjung yg dtg..

Friday, March 18, 2011

... tulip oh tulip ...

...aku x tauk kenak aku suka gilak2x dengan bunga tok...yang penting aku mmg suka nanga bunga tok..









Tuesday, March 15, 2011

Hari Peladang,Penternak & Nelayan 2011 @ Bintulu

Sekadar untuk berkongsi kemeriahan semasa Sambutan hari Peladang,Penternak & Nelayan 2011 yang telah pun berlangsung bermula dari 11 hingga 14 Mac 2011 ( Jumaat - Isnin ). Pelbagai aktiviti telah dianjurkan bersempena dengan HHPN 2011 yang juga merupakan sambutan terbesar yang pernah diadakan setakat ini bersesuaian dengan lokasinya yang bertempat di Lapangan Terbang Lama Bintulu. Untuk sambutan kali ini kami di RTM BINTULU pun berkesempatan untuk turut serta dengan membuat liputan dan beroperasi di MINI STUDIO...   

 selamat datang ke HHPN 2011

 Pelbagai Jenis buah yang dipamerkan untuk tontonan pengunjung
Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan 
tidak ketinggalan ~ nikki
lintas langsung ke SARAWAKfm bersama dengan pihak penganjur
di Mini Studio
Juruacara Rasmi HHPN ( Pn.Jamyah Pawi & Tn.Hj Rosli Muta )
kunjungan oleh TYT Negeri Sarawak & isteri ( hari Ahad ) 
gelagat pengunjung semasa menyaksikan acara payung terjun



pelbagai gelagat pengunjung cilik yg juga x ketinggalan semasa HHPN 2011